Tuesday, October 25, 2011

~::Wedding Za::~

Assalammualaikum.
Aduh kasian ini belog lama tak update. Aku pun dah lama tak masuk sini. Nampaknya orang lain  pun sama.
Erm banyak sebenarnye cerita yang boleh dikongsi. Tapi tak ada sesapa yang update rupanya.
Kali terakhir kami berkumpul bersama adalah pada hari perkahwinan Zarifah. Berlangsung pada 1-10-11 di Kampar Perak.

Kami bergerak dengan 3 buah kereta dari Cheras. Kereta Saga Fair Lady Aliff, Kereta Myvi Bos dan Cik Viva aku. Dalam kereta Aliff ada Akmal, Harith dan Aliff sendiri, kereta bos pula sudah tentu ada bos dan lady bos a.k.a Kak Peah. Kereta aku dinaiki oleh Fiza, Zura dan aku sendiri.

Planning asalnya bergerak pukul 8 dan singgah breakfast. Tapi kesilapan teknikal menyebabkan kami akhirnya bergerak pukul 9 dan selepas breakfast pukul 10 baru menuju ke Kampar Perak.

Kami sampai ke sana lebih kurang pukul 1. Sampai-sampai je pengantin dah habis makan beradab. Tinggal sesi bergambar je.

Kami disuruh untuk makan dulu. Lepas makan baru lah sesi gambar bergambar. Ok bab gambar nanti aku update ok. Overall semua happy dan best. So sampai sini je update aku. Apa-apa pun tahniah pada pengantin baru. Walaupun update ni dah hampir sebulan sebelum patutnya.

No comments: