Tuesday, October 25, 2011

Small gifts

Salam semua...

Amboi tajuk entry omputih gitu.... Jangan terpedaya OK... Aku masih mendaulatkan bahasa ibunda aku yakni Bahasa Melayu...

Aku nak cerita pendek je supaya senang korang faham hehe...

Cerita pertama

Masa aku kat T'ganu untk Majlis Terima Menantu... our Encik Bos SMS aku gitau ade hadiah dekat Bilik CEO... Jenjejeng apakah dia? Entahlah tunggu sampai aku masuk keje baru aku gi ambik... Masa 2 aku tak fikir ape2 pon tapi excited sikit lah (^_^) Buat muka happy yer...

Bila dah masuk kerja aku pun pergilah ke Bilik CEO... Pas2 Puan Nik yg comel menyerahkan sampul coklat kaler coklat kepada aku... Tertera di atasnya Nur Zarifah Salleh dan  Congratulations. Pas mengucapkan terima kasih aku pon blah la dari situ. Buat ape tuggu lame2... Dalam kepala aku mengagak mungkin aku dpat baucer Parkson

Setibanya di Khutubkhanah aka Library ler... Aku pun bukak sampul 2... Jenjejeng siap dgn sound effect kui3... Aku dapat cek CIMB dari Encik CEO... ~(^_^)~  Berapa jumlahnya sila tanya Cik Zura... Sebab dia ada dengan aku pada masa kejadian... Sampai sekarang aku belum cash kan lagi cek tersebut...


Cerita kedua

Hari nie aku dapat small gifts dari our beloved HOD... Dia menyerahkan sampul merah yang bertulis Happy Deepavali... Erk terkedu sekejap.... Pas mengucapkan terima kasih dan tunggu Mr Lui keluar dari pintu Library aku pun bukak sampul tu.... Excited weh hehehe... Kelihatan beberapa helai wang kertas... Berapa jumlahnya dirahsiakan....

Bagi aku small gifts nie cukup bermakna... Tambahan plak pemberian daripada orang atasan... Siapalah aku yg kecil nie kan... Kepada korang cepatlah2 mendirikan masjid... Manetau Encik CEO dgn Mr HOD bermurah hati nak bagi rumah ke kereta sebijik ke hehe....

Ok adios... amigos... Aku nak gi rehat dulu....



~::Wedding Za::~

Assalammualaikum.
Aduh kasian ini belog lama tak update. Aku pun dah lama tak masuk sini. Nampaknya orang lain  pun sama.
Erm banyak sebenarnye cerita yang boleh dikongsi. Tapi tak ada sesapa yang update rupanya.
Kali terakhir kami berkumpul bersama adalah pada hari perkahwinan Zarifah. Berlangsung pada 1-10-11 di Kampar Perak.

Kami bergerak dengan 3 buah kereta dari Cheras. Kereta Saga Fair Lady Aliff, Kereta Myvi Bos dan Cik Viva aku. Dalam kereta Aliff ada Akmal, Harith dan Aliff sendiri, kereta bos pula sudah tentu ada bos dan lady bos a.k.a Kak Peah. Kereta aku dinaiki oleh Fiza, Zura dan aku sendiri.

Planning asalnya bergerak pukul 8 dan singgah breakfast. Tapi kesilapan teknikal menyebabkan kami akhirnya bergerak pukul 9 dan selepas breakfast pukul 10 baru menuju ke Kampar Perak.

Kami sampai ke sana lebih kurang pukul 1. Sampai-sampai je pengantin dah habis makan beradab. Tinggal sesi bergambar je.

Kami disuruh untuk makan dulu. Lepas makan baru lah sesi gambar bergambar. Ok bab gambar nanti aku update ok. Overall semua happy dan best. So sampai sini je update aku. Apa-apa pun tahniah pada pengantin baru. Walaupun update ni dah hampir sebulan sebelum patutnya.