Tuesday, February 11, 2014

Long time ago~

It has been 2 years since the last post was September 2012..

People changed but library remain the same.. 

How are you librarian? any updates? 

I think we should update about our working place here... kak ati in KLMU, razman in IMU, akmal in UiTM and me in Marlborough.. more library..more stories to share.. 

as usual, lulu... any upcoming planning for us? haha...

dah lama tak gelak terbahak2 macam dulu... 

rindu...

eh..my new picture? jangan muntah... hoho




Stay Gorgeous, 
Fiza

Monday, September 24, 2012

~:: Memebersihkan sesawang ::~

Assalammualaikum kawan2..

Waaarrggghhhhh nanges lebat.. Blog ni dah bersawang.. Jomlah korang semua kongsi cerita terbaru yang cambest.. Lama dah tak ade sape nak update.. Za request tukar header blog ni, Hurmm akan dipertimbangkan dengan secepat mungkin la nampaknya...

Tuesday, October 25, 2011

Small gifts

Salam semua...

Amboi tajuk entry omputih gitu.... Jangan terpedaya OK... Aku masih mendaulatkan bahasa ibunda aku yakni Bahasa Melayu...

Aku nak cerita pendek je supaya senang korang faham hehe...

Cerita pertama

Masa aku kat T'ganu untk Majlis Terima Menantu... our Encik Bos SMS aku gitau ade hadiah dekat Bilik CEO... Jenjejeng apakah dia? Entahlah tunggu sampai aku masuk keje baru aku gi ambik... Masa 2 aku tak fikir ape2 pon tapi excited sikit lah (^_^) Buat muka happy yer...

Bila dah masuk kerja aku pun pergilah ke Bilik CEO... Pas2 Puan Nik yg comel menyerahkan sampul coklat kaler coklat kepada aku... Tertera di atasnya Nur Zarifah Salleh dan  Congratulations. Pas mengucapkan terima kasih aku pon blah la dari situ. Buat ape tuggu lame2... Dalam kepala aku mengagak mungkin aku dpat baucer Parkson

Setibanya di Khutubkhanah aka Library ler... Aku pun bukak sampul 2... Jenjejeng siap dgn sound effect kui3... Aku dapat cek CIMB dari Encik CEO... ~(^_^)~  Berapa jumlahnya sila tanya Cik Zura... Sebab dia ada dengan aku pada masa kejadian... Sampai sekarang aku belum cash kan lagi cek tersebut...


Cerita kedua

Hari nie aku dapat small gifts dari our beloved HOD... Dia menyerahkan sampul merah yang bertulis Happy Deepavali... Erk terkedu sekejap.... Pas mengucapkan terima kasih dan tunggu Mr Lui keluar dari pintu Library aku pun bukak sampul tu.... Excited weh hehehe... Kelihatan beberapa helai wang kertas... Berapa jumlahnya dirahsiakan....

Bagi aku small gifts nie cukup bermakna... Tambahan plak pemberian daripada orang atasan... Siapalah aku yg kecil nie kan... Kepada korang cepatlah2 mendirikan masjid... Manetau Encik CEO dgn Mr HOD bermurah hati nak bagi rumah ke kereta sebijik ke hehe....

Ok adios... amigos... Aku nak gi rehat dulu....



~::Wedding Za::~

Assalammualaikum.
Aduh kasian ini belog lama tak update. Aku pun dah lama tak masuk sini. Nampaknya orang lain  pun sama.
Erm banyak sebenarnye cerita yang boleh dikongsi. Tapi tak ada sesapa yang update rupanya.
Kali terakhir kami berkumpul bersama adalah pada hari perkahwinan Zarifah. Berlangsung pada 1-10-11 di Kampar Perak.

Kami bergerak dengan 3 buah kereta dari Cheras. Kereta Saga Fair Lady Aliff, Kereta Myvi Bos dan Cik Viva aku. Dalam kereta Aliff ada Akmal, Harith dan Aliff sendiri, kereta bos pula sudah tentu ada bos dan lady bos a.k.a Kak Peah. Kereta aku dinaiki oleh Fiza, Zura dan aku sendiri.

Planning asalnya bergerak pukul 8 dan singgah breakfast. Tapi kesilapan teknikal menyebabkan kami akhirnya bergerak pukul 9 dan selepas breakfast pukul 10 baru menuju ke Kampar Perak.

Kami sampai ke sana lebih kurang pukul 1. Sampai-sampai je pengantin dah habis makan beradab. Tinggal sesi bergambar je.

Kami disuruh untuk makan dulu. Lepas makan baru lah sesi gambar bergambar. Ok bab gambar nanti aku update ok. Overall semua happy dan best. So sampai sini je update aku. Apa-apa pun tahniah pada pengantin baru. Walaupun update ni dah hampir sebulan sebelum patutnya.

Monday, August 15, 2011

:: Berbuka Puasa Bersama Kekawan ::

Ini adalah entri copy pasta dari cni, blog aku

Assalammualaikum ols. Sekali lagi aku membuat posting arini. Ni plak nak cerita pasal berbuka posa bersama2 yang telah dirancangkan sebelum ni, dah pon terlaksana. Rasa seronok, puas & suka la sebab dapat gak masak & makan bersama2. Ok meh kita bukak diari majlis.

Jam 8.00 am : Aku & Zura pergi pasar untuk memulakan persiapan. Gmbar persiapan banyak x amik pasal censored.. Hahahaha..

Jam 10.00 am : Sampai kat umah akak aku, kami mula potong daging, siang sotong, potong sayur dan bersihkan ayam.

Jam 12.00 pm : Ati pon sampai untuk menyertai persiapan. Tumbuk cili, bawang segala..

Jam 4.00 pm : Baru la mulakan sesi masak memasak. Sambil tunggu Za datang bawak beras & telur serta cili padi. Nasi kita di sponsor oleh Za ye kawan2.

Pastu tung tang tung tang kat dapo, kol 6 tepon Harith. Suruh beli air batu. Suara Harith baru bangun tido kot. Gile dasat.. Pastu pesan kat diorang suruh datang kol 7 malam je. Sebab seperti yang aku cakap td, proses penyiapan ade banyak yang censored so x sesuai untuk tontonan umum..

So lepas diorang da sampai tu kami pon bersiap2 untuk berbuka. Lepas da kenyang & soalt maghrib, sempat layan cite cina jap sebelum Harith & Aliff balik umah.




Memasing da lapo dan sedia untuk membaham makanan...





Ni jela lauk yang dapat disediakan. Buat kata Harith, lauk pauk ni terlebih garam terlebih gula so cukup la rasenye. He3...

Thursday, August 11, 2011

:: Berbuka Puasa Di Restoran Po'Sen ::

Assalammualaikum sahabat handai sekalian. Ok arini aku saje la nak update blog kite yang da bersawang ni kn? Erm semalam aku, Za ngan Zura g berbuka di Restoran Po'Sen. Asalnya kiteorg nak makan buffet malangnye semalam tukang masak kat situ EL plak. So terpaksa la kiteorg makan A La Carte je.. So the choice of menu is Chicken Chop. Sebab ni je yang kiteorg dapat fikir nak makan. So Let's enjoice da pic's..